Tuesday, April 29, 2008

Tangkal & Ayat-ayat

Sedikit ulasan dari Kuliah Dhuha bimbingan Ustaz Jalalludin Hassan di Masjid An-Nur.

Seorang jemaah bertanya pada Ustaz tentang tangkal yang mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran. Ustaz menerangkan, tangkal dibolehkan untuk bayi atau kanak-kanak yang belum boleh tahu membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Orang yang sudah dewasa dan memakai tangkal, tidak ada "effect"nya. Malah syaitan akan tertawa dan tidak akan lari bila orang dewasa memakai tangkal. Ayat-ayat suci Al-Quran harus dibaca melalui suara atau dalam hati, barulah syaitan akan takut.

Syaitan ada di dalam tubuh badan manusia ibarat darah yang mengalir. Dia akan serang kita dari kiri, kanan, depan, belakang, bawah KECUALI atas. Itu kerana doa manusia naik ke atas langit. Sebab itu manusia harus rajin berdoa.

Sama juga seperti rumah-rumah yang penuh dengan frame ayat-ayat suci Al-Quran. Lawa-lawa belaka dan tak kurang pula ada yang diimport dari luar negara. Tetapi jika penghuni rumah itu tidak membaca atau mengamalkan surah-surah tersebut, tiada makna frame-frame itu. Syaitan lagi tertawakan pada manusia golongan ini. Syaitan tidak takut dengan melihat kalimat-kalimat Allah. Tetapi dia akan lari bila manusia membaca ayat-ayat tersebut (berbeza dari memainkan CD atau cassette).

Bila kita sedang duduk dan terpandang frame ayat-ayat di dinding itu, bacalah supaya "ruh" ayat-ayat tersebut akan hidup di rumah dan hati kita.

Wallahu'alam.....
~ thank you, MrsBeki ~

The Quran is for oneself to read (Iqra). Someone ever told me this: "Our prayer deeds are never done by anyone else, why use frames and CDs to guard our homes? The words as weapons? Or the wood itself?"

Labels: